Saturday, January 16, 2010


Sejak kebelakangan ini,terdengar banyak cerita mengenai senario politik negara yang kadangkala bertukar seakan akan peperangan.Masakan tidak menyerupai peperangan?Jika kita melihat demonstrasi,tunjuk perasaan,perhimpunan haram,mencabar institusi kesultanan melayu dan berbagai lagi.Namun,apa yang menyedihkan perbalahan dan peperangan kecil ini berlaku antara komuniti Melayu dan beragama Islam.Rata rata mereka hanya mahu menegakkan ideologi politik masing masing.Adakah relevan lagi kata-kata mantan perdana menteri ke 4,Tun Dr.Mahathir bahawa Melayu mudah lupa??Saya merasakan itulah badi yang menghantui orang Melayu masa kini.Jika kita melihat keadaan sekeliling,bangsa bangsa lain seperti Cina dan India,mereka tidak bergaduh sesama mereka.Mereka hanya melihat dan ketawa memandang orang Melayu dipermain dan bertelagah sesama sendiri.Adakah kita mahu melihat perkara ini berlaku?diperkotak katikkan dan dijadikan boneka??Tidak sedarkah bahawa jika kita tidak bersatu,tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh pucuk pimpinan yang tidak lagi beragama Islam dan berbangsa Melayu.Jika hal ini terjadi,ke manakah kita akan merempat?kalau kaum india,boleh sahaja mereka berhijrah ke negara India,kalau bangsa Cina boleh pulang ke tanah besar.Kalau kita orang melayu diusir,kemana hala tuju kita???Hendak ke Indonesia?Rakyat mereka pon datang menumpang di tanah air kita...Jika terjadinya hal ini,maka secara automatik,kata kata Laksamana Hang Tuah,Takkan Melayu Hilang Di Dunia akan terpadam.Apa yang hendak saya bicarakan di sini ialah,peranan alim ulamak,para ilmuan dan bijaksana untuk memperbaiki keretakan yang berlaku.Namun,apa yang menyedihkan saya,ulamak sekarang pun dah berpecah belah,ada ulamak versi kerajaan dan ada pula ulamak versi pembangkang.Jadi,apakah nasib orang orang awam yang berada di tengah tengah?Ibarat gajah bergaduh,pelanduk mati tegah tengah.Saya menyuarakan rasa kekesalan dari hati saya pada para alim ulamak.Anda merupakan insan yang terpilih dan juga merupakan para pewaris nabi yang harus menunujukkan contoh tauladan yang terbaik dan bersama menyatukan saudara saudara seagama bagi menaikkan syiar Islam di mata dunia.Jadi,saya berharap,para ulamak dapat duduk semeja dan bersatu menyelesaikan masalah umat islam di Malaysia ini.Sebab salah satu punca berlakunya perpecahan dalam komuniti Melayu sekarang adalah,melayu sekarang sudah tidak tahu untuk melihat ke arah mana.Arah kerajaan ada ulamak,arah pembangkang ada ulamak,tapi ulamak ulamak ini tidak bersatu dan bertelagah sesama sendiri.Di mana kehebatan Islam?bagaimana bangsa bangsa lain boleh melihat kehebatan agama allah,jika tonggak agama mereka bergoyang dan tidak stabil.Saya ada sedikit pendapat,saya ini tidak arif dalam hal pentadbiran.Namun dari kaca mata saya melihat bahawa,jika orang orang melayu ini(Umno dan Pas) bergabung di bawah satu pentadbiran,maka Orang melayu dan agama Islam tidak akan lagi boleh diperkotak katikkan dan dipermainkan sewenang wenangnya.Cuba lah fikir wahai orang Melayu......Banyak diantara bangsa mu menjadi samseng jalanan,pembunuh,perogol,penagih,penipu dan sebagainya....Jika kita masih lagi bertelagah dan menunding jari antara satu dan lain,tak mustahil,nama Melayu hanya tinggal sejarah.....

Wednesday, January 6, 2010

MANUSIA????


Kezaliman sudah menjadi tabiat manusia masa kini...Apa yang menghairankan,mereka sanggup melakukan perkara di luar batasan akal.Adakah ini petanda bahawa kiamat sudah dekat?Kenapakah manusia sanggup melakukan perkara yang boleh dianggap lebih teruk dari binatang???Sedangkan manusia itu dikurniakan akal fikiran untuk membezakan perkara yang baik dan buruk...Bolehkah saya mengatakan bahawa perlakuan haiwan lebih baik dari perlakuan sesetengah daripada kita..Mengapakah saya berkata demikian??Cuba bayangkan,adakah perlakuan membuang bayi,membunuh,merogol,meragut dan sebagainya itu dianggap perbuatan manusia yang berakal???tidakkah kita sedar bahawa,haiwan lebih teratur hidup mereka...bergaul dalam suasana yang aman harmoni dan tenteram...saya mengambil subjek cimpazi sebagai contoh paling mudah...Cimpazi amat menyayangi anaknya lebih dari diri sendiri...bahkan sehingga anak itu dewasa,si ibu tetap bersabar melayan karenah anaknya dengan penuh kasih dan sayang...Cimpazi juga adalah suatu kawanan haiwan yang begitu memelihara keamanan komuniti mereka..tidak ada musuh yang dapat mengganggu ketenteraman tersebut...kerana mereka akan saling bantu membantu menghpuskan ancaman yang datang...nah!!Lihatlah haiwan yang tidak berakal boleh mentadbir urus kehidupan mereka dengan sempurna.Kita lihat pula perlakuan manusia,bukan saya hendakmenghina...tapi untuk membuka mata...lihatlah gambar di atas,betapa kejamnya manusia terhadap spesies sendiri...gambar tersebut merupakan gambar bayi yang terkena tembakan peluru tentera amerika syarikat...sebenarnya bayi tersebut berada di dalam kandungan ibunya,ibunya ditembak dan penduduk kampung berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan ibu dan bayi tersebut...namun usaha mereka sia sia...ibu dan bayinya syahid disebabkan perlakuan manusia yang persis haiwan buas...tiada perasaan belas kasihan di dalam hati manusia kini...fikirkanlah...

Saturday, January 2, 2010

SALAH SIAPA??

Assalamualaikum...

Hebat diperkatakan pada masa kini tentang keruntuhan akhlak dan moral para remaja khususnya remaja melayu.Apakah sebab berlakunya hal sedemikian??Salah siapakah sehinggakan anak-anak muda menjadi liar dan hilang nilai kesopanan??Apakah yang sepatutnya kita lakukan selaku mahasiswa bagi menangani masalah ini??

Pada pengamatan saya,terdapat beberapa faktor utama yang mendorong perubahan sikap remaja pada masakini.Antaranya ialah,faktor keluarga,faktor persekitaran dan faktor kemodenan.Keluarga memainkan peranan yang penting bagi mendidik para remaja menjadimanusia yang berguna dan berkualiti.Bermula dari keluarga,seseorang kanak-kanak akan membesar dan berkembang mengikut acuan dan didikan daripada ahli keluarga.Jika baik didikan dan asuahan yang bersesuaian,maka kanak-kanak tersebut akan membesa menjadi manusia yang berguna.Jika hendak dibandingkan dengan didikan yang diberikan oleh datuk dan moyang kita terhadap ibu bapa kita sekarang adalah jauh berbeza.Mengapakah anak-anak zaman dahulu begitu hormat kepada kedua ibu bapa mereka?Mengapakah anak-anak zaman sekarang begitu biadap terhadap ibu bapa mereka?apakah jurang yang membezakan hal ini?Jika kita hendak mengatakan bahawa anak zaman dahulu tidak pernah bersosial dan bersuka ria seperti anak zaman sekarang menjadi punca berlakunya fenomena ini,tidak semestinya.Anak-anak zaman dahulu juga bersuka ria dan berkawan.Tapi mengapa mereka masih lagi tahu menjaga adab dan tatasusila?Anak-anak sekarang apa sudah jadi?Ibu bapa pula yang takut akan mereka.Sebagai contoh,jika anak-anak mereka mahukan sesuatu benda,sebagai contoh handset.Mereka akan mendesak dan mengugut ibu bapa dengan pelbagai cara sehinggakan ibu bapa terpaksa akur dengan kehendak mereka.Remaja lelaki dengan masalah dadah,rempit,mencuri dan lain-lain,manakala perempuan dengan masalah bohsia,pelacuran,arak,seks bebas dan bermacam lagi.Salah siapakah sehinggakan anak bangsa kita terjerumus ke lembah-lembah hina sedemikian?Satu lagi faktor yang belum saya sebutkan.Sering kali saya terfikir,adakah cara hidup moden masa kini yang mempengaruhi anak-anak muda yang menjadi harapan negara?Mungkin juga ini adalah salah satu daripada faktor tersebut.Jika kita melihat keadaan dunia sekarang,yang bergelar dunia tanpa sempadan,sepatutnya para remaja mengambil peluang ini untuk meningkatkan kualiti pemikiran mereka.Namun,kesal sekalimereka menyalah gunakan kemodenan hidup.Mereka mensia-siakan peluang yang terhidang di depan mata.Mereka hanya melihat keseronokan dan peluang untuk menghabiskan masa dengan melepak di kompleks-kompleks membeli belah.Mungkin suatu masa dahulu tidak terdapat tempat-tempat menarik untuk ayah dan ibu kita melepak membuang masa.Diharapkan,sesiapa yang membaca artikel ini dapat membuka mata dan fikiran untukbertindak dan mencurahkan idea bagi menangani masalah ini.

Pada pengamatan saya,terdapat beberapa cara yang boleh diguna pakai bagi menangani kemelut ini.Antaranya,melalui pendekatan kasih sayang.Pendekatan ini harus dimainkan oleh ibu bapa di rumah.Anak-anak yang bermasalah rata-ratanya datang dari keluarga yang kurang menitik beratkan kasih sayang.mereka merasakan diri mereka tidak dihargai oleh keluarga mereka sendiri.Oleh sebab itu,mereka mencari jalan mudah untuk mendapatkan kasih sayanag dengan melepak dengan teman-teman yang senasib dengan mereka dan memuaskan naluri mereka dengan cara yang tersendiri.Kedua,peranan guru di sekolah.Saya melihat anak-anak yang bermasalah dengan keluarga lebih rapat dengan guru.Jadi,sebagai guru yang juga dianggap sebagai ibu bapa kedua kepada pelajar harus memainkan peranan yang sewajarnya bagi membimbing pelajar-pelajar yang bermasalah balikke pangkal jalan.

Jadi,dengan sedikit luahan hati ini,saya harapkan anda sedar betapa serius dan parahnya masalah yang sedang menimpa golongan muda kita.Diharapkan kita dapat mencari suatu penyelesaian bagi masalah ini.Akhir kalam,assalamualaikumwarahmatullah.