
Sejak kebelakangan ini,terdengar banyak cerita mengenai senario politik negara yang kadangkala bertukar seakan akan peperangan.Masakan tidak menyerupai peperangan?Jika kita melihat demonstrasi,tunjuk perasaan,perhimpunan haram,mencabar institusi kesultanan melayu dan berbagai lagi.Namun,apa yang menyedihkan perbalahan dan peperangan kecil ini berlaku antara komuniti Melayu dan beragama Islam.Rata rata mereka hanya mahu menegakkan ideologi politik masing masing.Adakah relevan lagi kata-kata mantan perdana menteri ke 4,Tun Dr.Mahathir bahawa Melayu mudah lupa??Saya merasakan itulah badi yang menghantui orang Melayu masa kini.Jika kita melihat keadaan sekeliling,bangsa bangsa lain seperti Cina dan India,mereka tidak bergaduh sesama mereka.Mereka hanya melihat dan ketawa memandang orang Melayu dipermain dan bertelagah sesama sendiri.Adakah kita mahu melihat perkara ini berlaku?diperkotak katikkan dan dijadikan boneka??Tidak sedarkah bahawa jika kita tidak bersatu,tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh pucuk pimpinan yang tidak lagi beragama Islam dan berbangsa Melayu.Jika hal ini terjadi,ke manakah kita akan merempat?kalau kaum india,boleh sahaja mereka berhijrah ke negara India,kalau bangsa Cina boleh pulang ke tanah besar.Kalau kita orang melayu diusir,kemana hala tuju kita???Hendak ke Indonesia?Rakyat mereka pon datang menumpang di tanah air kita...Jika terjadinya hal ini,maka secara automatik,kata kata Laksamana Hang Tuah,Takkan Melayu Hilang Di Dunia akan terpadam.Apa yang hendak saya bicarakan di sini ialah,peranan alim ulamak,para ilmuan dan bijaksana untuk memperbaiki keretakan yang berlaku.Namun,apa yang menyedihkan saya,ulamak sekarang pun dah berpecah belah,ada ulamak versi kerajaan dan ada pula ulamak versi pembangkang.Jadi,apakah nasib orang orang awam yang berada di tengah tengah?Ibarat gajah bergaduh,pelanduk mati tegah tengah.Saya menyuarakan rasa kekesalan dari hati saya pada para alim ulamak.Anda merupakan insan yang terpilih dan juga merupakan para pewaris nabi yang harus menunujukkan contoh tauladan yang terbaik dan bersama menyatukan saudara saudara seagama bagi menaikkan syiar Islam di mata dunia.Jadi,saya berharap,para ulamak dapat duduk semeja dan bersatu menyelesaikan masalah umat islam di Malaysia ini.Sebab salah satu punca berlakunya perpecahan dalam komuniti Melayu sekarang adalah,melayu sekarang sudah tidak tahu untuk melihat ke arah mana.Arah kerajaan ada ulamak,arah pembangkang ada ulamak,tapi ulamak ulamak ini tidak bersatu dan bertelagah sesama sendiri.Di mana kehebatan Islam?bagaimana bangsa bangsa lain boleh melihat kehebatan agama allah,jika tonggak agama mereka bergoyang dan tidak stabil.Saya ada sedikit pendapat,saya ini tidak arif dalam hal pentadbiran.Namun dari kaca mata saya melihat bahawa,jika orang orang melayu ini(Umno dan Pas) bergabung di bawah satu pentadbiran,maka Orang melayu dan agama Islam tidak akan lagi boleh diperkotak katikkan dan dipermainkan sewenang wenangnya.Cuba lah fikir wahai orang Melayu......Banyak diantara bangsa mu menjadi samseng jalanan,pembunuh,perogol,penagih,penipu dan sebagainya....Jika kita masih lagi bertelagah dan menunding jari antara satu dan lain,tak mustahil,nama Melayu hanya tinggal sejarah.....
