Assalamualaikum...
Hebat diperkatakan pada masa kini tentang keruntuhan akhlak dan moral para remaja khususnya remaja melayu.Apakah sebab berlakunya hal sedemikian??Salah siapakah sehinggakan anak-anak muda menjadi liar dan hilang nilai kesopanan??Apakah yang sepatutnya kita lakukan selaku mahasiswa bagi menangani masalah ini??
Pada pengamatan saya,terdapat beberapa faktor utama yang mendorong perubahan sikap remaja pada masakini.Antaranya ialah,faktor keluarga,faktor persekitaran dan faktor kemodenan.Keluarga memainkan peranan yang penting bagi mendidik para remaja menjadimanusia yang berguna dan berkualiti.Bermula dari keluarga,seseorang kanak-kanak akan membesar dan berkembang mengikut acuan dan didikan daripada ahli keluarga.Jika baik didikan dan asuahan yang bersesuaian,maka kanak-kanak tersebut akan membesa menjadi manusia yang berguna.Jika hendak dibandingkan dengan didikan yang diberikan oleh datuk dan moyang kita terhadap ibu bapa kita sekarang adalah jauh berbeza.Mengapakah anak-anak zaman dahulu begitu hormat kepada kedua ibu bapa mereka?Mengapakah anak-anak zaman sekarang begitu biadap terhadap ibu bapa mereka?apakah jurang yang membezakan hal ini?Jika kita hendak mengatakan bahawa anak zaman dahulu tidak pernah bersosial dan bersuka ria seperti anak zaman sekarang menjadi punca berlakunya fenomena ini,tidak semestinya.Anak-anak zaman dahulu juga bersuka ria dan berkawan.Tapi mengapa mereka masih lagi tahu menjaga adab dan tatasusila?Anak-anak sekarang apa sudah jadi?Ibu bapa pula yang takut akan mereka.Sebagai contoh,jika anak-anak mereka mahukan sesuatu benda,sebagai contoh handset.Mereka akan mendesak dan mengugut ibu bapa dengan pelbagai cara sehinggakan ibu bapa terpaksa akur dengan kehendak mereka.Remaja lelaki dengan masalah dadah,rempit,mencuri dan lain-lain,manakala perempuan dengan masalah bohsia,pelacuran,arak,seks bebas dan bermacam lagi.Salah siapakah sehinggakan anak bangsa kita terjerumus ke lembah-lembah hina sedemikian?Satu lagi faktor yang belum saya sebutkan.Sering kali saya terfikir,adakah cara hidup moden masa kini yang mempengaruhi anak-anak muda yang menjadi harapan negara?Mungkin juga ini adalah salah satu daripada faktor tersebut.Jika kita melihat keadaan dunia sekarang,yang bergelar dunia tanpa sempadan,sepatutnya para remaja mengambil peluang ini untuk meningkatkan kualiti pemikiran mereka.Namun,kesal sekalimereka menyalah gunakan kemodenan hidup.Mereka mensia-siakan peluang yang terhidang di depan mata.Mereka hanya melihat keseronokan dan peluang untuk menghabiskan masa dengan melepak di kompleks-kompleks membeli belah.Mungkin suatu masa dahulu tidak terdapat tempat-tempat menarik untuk ayah dan ibu kita melepak membuang masa.Diharapkan,sesiapa yang membaca artikel ini dapat membuka mata dan fikiran untukbertindak dan mencurahkan idea bagi menangani masalah ini.
Pada pengamatan saya,terdapat beberapa cara yang boleh diguna pakai bagi menangani kemelut ini.Antaranya,melalui pendekatan kasih sayang.Pendekatan ini harus dimainkan oleh ibu bapa di rumah.Anak-anak yang bermasalah rata-ratanya datang dari keluarga yang kurang menitik beratkan kasih sayang.mereka merasakan diri mereka tidak dihargai oleh keluarga mereka sendiri.Oleh sebab itu,mereka mencari jalan mudah untuk mendapatkan kasih sayanag dengan melepak dengan teman-teman yang senasib dengan mereka dan memuaskan naluri mereka dengan cara yang tersendiri.Kedua,peranan guru di sekolah.Saya melihat anak-anak yang bermasalah dengan keluarga lebih rapat dengan guru.Jadi,sebagai guru yang juga dianggap sebagai ibu bapa kedua kepada pelajar harus memainkan peranan yang sewajarnya bagi membimbing pelajar-pelajar yang bermasalah balikke pangkal jalan.
Jadi,dengan sedikit luahan hati ini,saya harapkan anda sedar betapa serius dan parahnya masalah yang sedang menimpa golongan muda kita.Diharapkan kita dapat mencari suatu penyelesaian bagi masalah ini.Akhir kalam,assalamualaikumwarahmatullah.
No comments:
Post a Comment